Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama
Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan
keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli
perhiasan di kedai itu.
Maka terjadilah jual beli di antara badwi
itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi. Satu barang
perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham.
Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua
ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta
mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan
Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid bertanya kepada si badwi yang membawa
barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi.
Sememangnya dia
mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya
kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?" Badwi itu
menjawab, "Empat ratus dirham." Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus
dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang
selebihnya kepada saudara. " kata saudagar Yunus lagi. "Biarlah, ia
tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yagn
empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah
lima ratus dirham." Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan
badwi itu pergi.
Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke
kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah
badwi itu beredar, berkata saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah
kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual
barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi. "Tetapi
dia sendiri yang mahu membelinya dengan empat ratus dirham."
Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar. Kata
saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu
amanah untuk memperlakukan saudarakita seperti memperlakukan terhadap
diri kita sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi
peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini
menunjukkan peribadi seorang peniaga yagn jujur dan amanah di jalan
mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan
tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan. Dalam hal ini
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Sesungguhnya Allah
itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan
sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun
dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga."
(Diriwayatkan lima Imam kecuali Imam Nasa'i)
sumber : http://mushahidah.blogspot.com/2006/09/kejujuran-seorang-saudagar-permata.html
Langganan:
Posting Komentar (Atom)



0 komentar:
Posting Komentar